Thursday, 8 March 2012

Jenis Topologi Rangkaian Komputer

TOPOLOGI BINTANG

 

Topologi bintang atau yang lebih sering disebut dengan topologi star. Pada topologi ini kita menggunakan bantuan alat lain untuk mengkoneksikan jaringan komputer. Contoh alat yang di pakai disini adalah hub dan switch.
Kelebihan:
  • Mudah untuk diubahsuai dan menambah komputer dalam bintang tanpa mengganggu rangkaian.
  • Baik pulih rangkaian mudah dilakukan di pusat bintang.
  • Satu komputer rosak tidak semestinya menjejaskan rangkaian.
  • Boleh menggunakan beberapa jenis kabel dalam rangkaian yang sama, dengan hab yang boleh menerima jenis-jenis kabel yang berlainan.
  • Mudah dipasang dan dirangkaikan. Tidak mengganggu rangkaian semasa penyambungan atau mengalihkan peranti.
  • Tiada perlanggaran (collision) data.
  • Mudah untuk mengesan kerosakan .
  • Mudah dikembangkan.
Kekurangan:
  • Rangkaian tidak dapat berfungsi jika hab gagal berfungsi.
  • Memerlukan peranti di pusat bintang untuk rebroadcast atau tukarkan(switch) trafik rangkaian.
  • mahal
  • Penggunaan banyak kabel.
  • Jika terdapat kerosakan pada hab atau sambungannya, nodnya tidak dapat berfungsi.




   

TOPOLOGI CINCIN

 

Topologi cincin atay yang sering disebut dengan ring topologi adalah topologi jaringan dimana setiap komputer yang terhubung membuat lingkaran. Dengan artian setiap komputer yang terhubung kedalam satu jaringan saling terkoneksi ke dua komputer lainnya sehingga membentuk satu jaringan yang sama dengan bentuk cincin.
Kelebihan
  • Rangkaian ini tidak memerlukan komputer pelayan
  • Rangkaian boleh dibina lebih luas menggunakan gelang token
  • Penulisan titik ke titik (point-to-point writing) untuk bahagian idividu
  • Disokong oleh sebilangan pembekal perkakasan dan perisian.
  • Data berpindah pada kelajuan yang tinggi

Kelemahan

  • Satu komputer tidak berfungsi menyebabkan masalah dalam rangkaian
  • Tidak mudah untuk membaik pulih jika berlaku kerosakan
  • Kad rangkaian jenis MAU mahal dari kad rangkaian jenis ethernet
  • Lebih perlahan dari rangkaian ethernet
  • Penjang keseluruhan terhad kepada jenis kabel yang digunakan.
  • Kerosakan pada kabel tulang belakang akan menggagalkan bahagian lain.
  • Sukar dalam configurasi dan pendawaian

   

TOPOLOGI BAS

 

Topologi ini adalah topologi yang awal digunakan untuk menghubungkan komputer. Dalam topologi ini masing masing komputer akan dihubung ke satu kabel panjang dengan beberapa terminal, dan pada akhir dari kable harus di akhiri dengan satu terminator.
KELEBIHAN:
  • Senang untuk menambah atau mengurangkan komputer dan nod tanpa mengganggu operasi yang telah dijalankan.
  • Kurang kabel dan jarak LAN tidak terbatas.
  • Murah.
  • Sesuai untuk rangkaian yang kecil.
Kekurangan:
  • Jika kabel tulang belakang (Backbone) atau mana-mana nodnya bermasalah rangkaian tidak dapat berfungsi.
  • Memerlukan terminator untuk kedua- dua hujung kabel tulang belakang .
  • Sukar mengesan kerosakan.
  • Perlu pengulang (repeater) jika jarak LAN juah.
  • Sekiranya satu kabel mengalami kerosakkan, sistem rangkaian akan pincang
  • Setiap kali penambahan peralatan sistem rangkaian seperti PC akan menyebabkan gangguan sistem rangkaian. Ini kerana sambungan BUS perlu di cabut untuk menambah kabel dan penyambung (connector)
  • Hanya sesuai untuk sistem rangkaian yang kecil. Ini kerana apabila jumlah komputer telah bertambah, kita sering terlupa dimana mula dan akhirnya penamat (Terminator) 50 ohm. Sekiranya kita tidak mengetahuinya, maka proses baik pulih rangkaian akan mengambil masa yang lama
                                                                      
                                                                                          

Peralatan Asas Rangkaian

HUB
HUB merupakan sebuah peranti yang terdapat dalam rangkaian komputer. Hab secara fizikalnya berbentuk seperti kotak dari berbagai saiz. Ia mempunyai beberapa bilangan penyambung female RJ45 yang dikenali sebagai port. Setiap penyambung ini direka bentuk supaya boleh memuatkan satu kabel pasangan terpiuh (twisted pair) melalui penyambung male RJ45.
Hub digunakan dalam rangkaian internet yang menggunakan kabel jenis UTP. Hab adalah titik penyambungan di antara stesen dengan stesen dan di antara stesen dengan pelayan.

 Router
Router  berfungsi sebagai sebuah alat penghubung di antara rangkaian komputer yang berlainan. Semasa paket dihantar, router akan menjalankan beberapa proses penting antaranya ialah: membuat terjemahan protokol, mengemaskini jadual haluan, mengirim paket, membungkus paket dan membuka bungkusan paket. Selain itu juga router berperanan untuk menapis trafik dengan membenarkan paket tertentu sahaja. Ini membolehkannya bertindak sebagai alat pelindung ringkas bagi rangkaian anda.


 

Network card

Kad antara muka rangkaian merupakan satu peranti yang digunakan oleh komputer untuk berkomunikasi di dalam rangkaian. Ia bertindak sebagai antara muka fizikal atau penyambung di antara komputer anda dengan kabel rangkaian. Antara muka rangkaian ini ada yang berbentuk kad dan ada yang berupa komponen dalam papan induk komputer.
Kad rangkaian ini juga menerima data input dari kabel dan menterjemahkannya kepada byte yang difahami oleh unit pemprosesan pusat komputer. Kad rangkaian mengandungi perkakasan dan program firmware (aturcara rutin yang tersimpan dan ROM) yang mengimplemen fungsi-fungsi logikal link control (LLC) dan media access control (MAC) pada lapisan pautan data model OSI

Fungsi kad antara muka rangkaian ialah:
  • Menyediakan data dari komputer untuk kabel rangkaian
  • Menghantar data ke komputer yang lain
  • Mengawal aliran data di antara komputer dan sistem kabel penyambung





Modem

Modem merupakan peranti komputer yang melaksanakan proses yang menukarkan isyarat berbentuk digital yang dihasilkan oleh komputer kepada isyarat berbentuk gelombang supaya ia dapat dihantarkan menerusi talian telefon dan juga sebaliknya. Dengan pendek kata, ia berkemampuan untuk mengalihkan isyarat gelombang kepada isyarat digital. Modem ialah perkataan bahasa Inggeris yang merupakan singkatan bagi modulator-demolator, iaitu pemodulat dan penyamodulat.
Isyarat digital ialah isyarat yang mengandungi siri suis elektronik yang diwakili oleh ciri hidup dan mati, ciri hidupnya diwakili oleh angka 1, manakala ciri matinya pula diwakili oleh 0. Dengan penggunaan ciri ini serta kombinasi angkanyalah maka komputer mampu menghasilkan data berbentuk teks, grafik dan sebagainya.
Berlainan pula dengan isyarat berbentuk analog, ia adalah isyarat berbentuk gelombang bunyi melalui talian elektrik dan data serta maklumat dihasilkan berasaskan kekuatan gelombang serta tahap frekuensinya. Ringkasnya, modem berfungsi mengubahkan isyarat berbentuk 1 dan 0 tadi kepada isyarat berbentuk gelombang serta frekuensi begitu jugalah sebaliknya.


 Connector
Connector adalah peranti penyambungan bagi semua kabel yang bersambung antara stesen kerja, pelayan dan persisian. Dalam topologi bintang, kabel pasangan terpiuh digunakan untuk menyambung dengan stesen kerja dan penumpu.