Thursday, 8 March 2012

Jenis Topologi Rangkaian Komputer

TOPOLOGI BINTANG

 

Topologi bintang atau yang lebih sering disebut dengan topologi star. Pada topologi ini kita menggunakan bantuan alat lain untuk mengkoneksikan jaringan komputer. Contoh alat yang di pakai disini adalah hub dan switch.
Kelebihan:
  • Mudah untuk diubahsuai dan menambah komputer dalam bintang tanpa mengganggu rangkaian.
  • Baik pulih rangkaian mudah dilakukan di pusat bintang.
  • Satu komputer rosak tidak semestinya menjejaskan rangkaian.
  • Boleh menggunakan beberapa jenis kabel dalam rangkaian yang sama, dengan hab yang boleh menerima jenis-jenis kabel yang berlainan.
  • Mudah dipasang dan dirangkaikan. Tidak mengganggu rangkaian semasa penyambungan atau mengalihkan peranti.
  • Tiada perlanggaran (collision) data.
  • Mudah untuk mengesan kerosakan .
  • Mudah dikembangkan.
Kekurangan:
  • Rangkaian tidak dapat berfungsi jika hab gagal berfungsi.
  • Memerlukan peranti di pusat bintang untuk rebroadcast atau tukarkan(switch) trafik rangkaian.
  • mahal
  • Penggunaan banyak kabel.
  • Jika terdapat kerosakan pada hab atau sambungannya, nodnya tidak dapat berfungsi.




   

TOPOLOGI CINCIN

 

Topologi cincin atay yang sering disebut dengan ring topologi adalah topologi jaringan dimana setiap komputer yang terhubung membuat lingkaran. Dengan artian setiap komputer yang terhubung kedalam satu jaringan saling terkoneksi ke dua komputer lainnya sehingga membentuk satu jaringan yang sama dengan bentuk cincin.
Kelebihan
  • Rangkaian ini tidak memerlukan komputer pelayan
  • Rangkaian boleh dibina lebih luas menggunakan gelang token
  • Penulisan titik ke titik (point-to-point writing) untuk bahagian idividu
  • Disokong oleh sebilangan pembekal perkakasan dan perisian.
  • Data berpindah pada kelajuan yang tinggi

Kelemahan

  • Satu komputer tidak berfungsi menyebabkan masalah dalam rangkaian
  • Tidak mudah untuk membaik pulih jika berlaku kerosakan
  • Kad rangkaian jenis MAU mahal dari kad rangkaian jenis ethernet
  • Lebih perlahan dari rangkaian ethernet
  • Penjang keseluruhan terhad kepada jenis kabel yang digunakan.
  • Kerosakan pada kabel tulang belakang akan menggagalkan bahagian lain.
  • Sukar dalam configurasi dan pendawaian

   

TOPOLOGI BAS

 

Topologi ini adalah topologi yang awal digunakan untuk menghubungkan komputer. Dalam topologi ini masing masing komputer akan dihubung ke satu kabel panjang dengan beberapa terminal, dan pada akhir dari kable harus di akhiri dengan satu terminator.
KELEBIHAN:
  • Senang untuk menambah atau mengurangkan komputer dan nod tanpa mengganggu operasi yang telah dijalankan.
  • Kurang kabel dan jarak LAN tidak terbatas.
  • Murah.
  • Sesuai untuk rangkaian yang kecil.
Kekurangan:
  • Jika kabel tulang belakang (Backbone) atau mana-mana nodnya bermasalah rangkaian tidak dapat berfungsi.
  • Memerlukan terminator untuk kedua- dua hujung kabel tulang belakang .
  • Sukar mengesan kerosakan.
  • Perlu pengulang (repeater) jika jarak LAN juah.
  • Sekiranya satu kabel mengalami kerosakkan, sistem rangkaian akan pincang
  • Setiap kali penambahan peralatan sistem rangkaian seperti PC akan menyebabkan gangguan sistem rangkaian. Ini kerana sambungan BUS perlu di cabut untuk menambah kabel dan penyambung (connector)
  • Hanya sesuai untuk sistem rangkaian yang kecil. Ini kerana apabila jumlah komputer telah bertambah, kita sering terlupa dimana mula dan akhirnya penamat (Terminator) 50 ohm. Sekiranya kita tidak mengetahuinya, maka proses baik pulih rangkaian akan mengambil masa yang lama
                                                                      
                                                                                          

No comments:

Post a Comment